++Follow | Dashboard

Sebenarnya Allah Sayang Aku ..



assalamualaikum . yes Allah memang sayang saya . Allah sayang sangat . sebab tu Allah uji saya sampai macam ni sekali . 1 bulan setengah saya dengan awak tak text , tak contact , tak cakap . tiba tiba satu hari ' eda , faiq dah couple dengan rayhan lotta ' . bibir saya getar . badan saya lemah waktu tu . tambah tambah eyna sabrina cakap ' eyna nak tergelak baca status faiq , bubu bubu lah dia haha . eda baca mesti eda gelak ' . saya down waktu tu . satu bulan setengah dari kita tak buat apa apa , tiba tiba saya tahu awak dah bersama orang lain ? Allah hurabbi . ya Allah aku memang siksa waktu tu . tak pernah sehari pun hati ini tak bercakap pasal awak . betapa kuatnya sayang saya pada awak . saya banyak tipu orang . saya banyak reka cerita . yes saya pembohong . apa yang saya cakap selamani memang tak betul kawan kawan . saya memang tipu awak semua . yes saya cakap ' eh mampus lah si faiq tu , eda kesah apa ' . tapi saya buat hanya kerana saya ingin lupakan dia . tolong faham semua .

satu hari saya on facebook . dengan lafaz bismillahirahmanirahhim . saya bukak wall awak . ya Rabbi gugur air mata . berkecai hati . rapuh seluruh badan . jiwa seperti ditakam . badan menggigil . kaki kaku . tangan tak larat nak tekan keyboard . hanya mampu tekan close tab . yes cover photo awak gambar rayhan . semua status awak pasal rayhan . sayang , cinta , kasih , semuanya ada . di hati saya hanya cakap ' kenapa saya tak jadi rayhan , kenapa saya jadi eda naziela . kenapa kenapa ? yes saya memang tak reti nak bersyukur dan saya memang muka tak tahu malu sebab awak dah maki hamun saya , dah panggil saya sial , bodoh , bengong , bangang tapi saya nak lagi sayang lelaki macam awak . terdetik di hati ini ingin musnahkan hubungan awak tapi saya fikir balik . ye saya tak mampu dan lagipun awak takkan pernah datang pada saya balik . TAKKAN dan TAKKAN pernah terjadi . saya tunggu dan tunggu . ya Allah kenapa tak ada lelaki nak ngorat saya ni ? saya tak nak boyfriend tapi saya nak lelaki yang boleh lupakan ingatan supaya saya tak kenal siapa itu muhd faiq fikri . 

sesungguhnya saya hanya manusia biasa . saya tak sempurna . saya banyak kelemahan . sukar sangat bagi saya untuk lepas kan awak . tapi tak pe . senjata islam adalah doa . saya doa supaya awak bahagia dengan pengganti saya . rayhan lotta :) ya rayhan , tolong jaga faiq sebaik mungkin awak . saya harap hubungan awak dengan faiq sampai awak dan dia kahwin . jangan sekali pun awak buat salah dekat faiq . kalau awak terbuat salah , cepat cepat lah awak mintak maaf . jangan awak jadi ego macam saya . jadi seorang pemaaf untuk faiq sebab faiq kadang kadang cepat marah . jangan pernah jadi macam saya . apa pun jadi dan apa pun orang cakap pasal faiq , awak selidik lah dulu . jangan terus tuduh sebab kalau awak terus tuduh , faiq boleh benci awak macam dia benci saya .

disini . saya nur aida naziela binti ahmad suhaili , mengundur diri untuk kebahagiaan awak berdua . disini saya berdiri , disini hari baru saya , disini langkah pertama saya untuk mulakan hidup baru dengan gelaran janda , janda berhias k . faiq saya ada buat lagu dan nanti mungkin akan famous . jap perasan jap , okey baca puisi bawah ni :')

hatiku bagai ditusuk duri .
jiwaku hangat bagai mentari .
air mataku mengalir kepipi
seperti air terjun dicipta ilahi .
yang wajib ku tinggalkan
yang sunat ku abaikan
yang harus ku lepaskan
seolah aku tidak takut tuhan .
hanya seorang manusia , aku jatuh kerna cinta .
aku lemah tak bermaya
aku sakit dan derita .
hanya seorang kaum adam , aku lemah seluruh badan
aku menangis siang malam
tapi aku tak diharaukan
aku percaya atas nama maha esa
segala suka duga kita tempuh bersama
dunia ini kecil , tapi sukar tuk mencari
lelaki seperti kamu yang sejati
walau engkau permainkan cinta yang Allah berikan
tapi aku tetap cinta serta sayang
sesungguhnya hanya maha esa
yang tahu aku kini derita , yang tahu aku kini sesangsara
tanpa cinta darimu seorang jejaka
selangkah demi selangkah
ku coba bergerak tanpa semangat
hanya air mata temani waktu malam
yang telah menjadi saksi kuatnya cinta ini ..
mungkin kita berdua ditakdir berpisah .
kau bersama dia , mungkin penggantimu jauh lebih sempurna .

semoga bahagia . gambar atas tu hadiah untuk awak berdua :)





Arifffff
Shukry Halim
Nur Syuhada
Ainaa' Nazizan
Ieyla Reyls
Ery Edz Loy
Iffa Ziyanah
"